Pengikut

Ahad, 28 November 2010

Semalam ,Hari ini dan Esok

 Semalam,
 ku alfa dengan nikmat dunia,
 ku hanyut dalam bahagia yang fana,
 siang hariku di payung dosa,
 malam pula ku terus leka.

 Ku biar diri terus terlena,
 dibuai mimpi indah dunia,
 walau ku tahu semuanya,
 hanyalah palsu semata,

 Hari ini,
 ku tersedar dari lena,
 ku insafi segala dosa,
 keampunan-Mu ku pinta,
 kerna Kau Maha Berkuasa.

Aku hanyalah insan,
yang berlakon di pementasan,
atas dunia ciptaan tuhan,
yang nyata tiada bandingan.

Esok,
ku tahu ku pasti pulang,
menghadap-Mu Ya Rabbi,
apakah syurga yang ku miliki,
atau  neraka yang menanti.

Setiap insan tak bisa lari,
dari ajal dan mati,
kerna itu ketetapan illahi,
yang tertulis sejak azali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.