Hadirnya ku disini,
tak siapa peduli,
tak siapa hargai,
bagai rembulan di siang hari,
indahnya diri tiada yang sedari,
terlindung dek keangkuhan siang ,
yang kian menggarang,
hinggakan bulan mengalah,
membiar diri terus tenggelam,
walau hakikat sinar kasih ku yang ini,
yang menyinar gelita malammu,
lalu melangkah pergi,
bersama angin berlalu sepi.
ku pasti nanti
malam kan merindu bulan,
pabila ia tak lagi menyinar
baru kau sedar tika itu,
pentingnya aku dalam hidupmu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.