Ku berteman syahdu malam,
yang sunyinya menenang jiwa,
dan sepinya mententeram hati,
lalu ku hitung hari yang tinggal,
menanti waktu di ambil pergi,
ku rasa saatnya makin hampir.
Kepedihan demi kepedihan,
semakin perit ku tahan,
namun biarlah rahsia,
ku pendam,diam sendiri,
bimbang menggamit kesedihan,
bertandang di hati mereka.
Andai tiada kesempatan,
tuk menjenguk mu siang,
teruslah menyinar wahai mentari,
anggap aku masih disisi.
Andai tiada esok bagiku,
relakan aku pergi,
jangan sesekali kau tangisi,
kerana yang hidup pasti akan mati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.