Pengikut

Jumaat, 11 Mac 2016

Dia yang ditakdirkan buatku...

Hampir setahun ku biar  bersawang ruangan ini tanpa sebarang coretan. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu ,terlalu banyak yang berubah,terlalu banyak yg terpendam.Tak perlu aku kisahkan kepada semua dari A to Z.Masa kurasa terlalu pantas berlalu, meninggalkan kisah lalu,kisah dulu.
Sedar tak sedar,aku kini tunangan orang, dan tinggal tak sampai 2bulan aku bakal menjadi isteri orang. Tentang bagaimana ia bermula,biarlah menjadi rahsia antara dua hati..Kita bertemu pada permulaan sebuah akhiran.Kenapa aku pilih dia diantara ramai yang mencuba?Sebab aku nampak yg dia boleh jadi suami,pemimpin,peneman, dan boleh jadi  pelindung yang terbaik buat aku.Dia yang selalu buat aku tenang, selamat,dia yg selalu menerima aku baik buruk aku seadanya.Dia tahu semua buruk tentang aku,tapi masih mahu menerima aku..Begitu juga aku,siapapun dia dimasa lalu,aku terima dia seadanya. Yang utama, dia bersungguh ingin menghalalkan aku, dia tak buat tunggu lama seperti mereka yang terdahulu.,perhubungan yang singkat terus membawa kepada restu keluarga dan kami sedang menuju ke destinasi yg insyaallah diredhai Allah.Apa yang memikat hati ku tentangnya,ialah ,kesabaran dan kematangan nya.Sering aku mengujinya dengan membuatnya marah dan tertekan untuk melihat sejauhmana dia boleh mengawal emosinya, alhamdulillah aku dapat lihat yg aku x salah pilihan.Aku ingin menjadi sesuatu yg membahagiakan hidupnya, merawat luka dihatinya yg pernah luka dulu.. Aku nak jadi penyeri hidupnya.bidadari hidupnya.aku ingin jadi cinta terakhir dàlam hidupnya.Dan walau dia bukan lelaki pertama dalam hidup aku, tapi dia akan aku jadikan cinta terakhir dlm hidup ku sampai mati.... kisah lama? Kenangan lama?Lupakan. Biarlah terkubur untuk selamanya... Jadikan pengajaran untuk masa hadapan. Masa hadapan aku lebih penting untuk difikirkan ,dari sibuk mengenang masa silam yg kelam. Apa yg di depan mata ni yg perlu aku hargai. Semoga dimudahkan kan semuanya. Bila niat kita baik,pasti jalannya dimudahkan.Insyaallah.





Isnin, 20 Julai 2015

Kau tahu apa??

Jangan kata aku tak peduli,
kalau kau tak pernah tahu,
betapa sakitnya kepedulian aku selama ini.

Jangan kata aku tak kisah,
kalau kau tak pernah tahu,
betapa susah aku melangkah,
sejak aku dan dia jauh terpisah.

Jangan kata aku tak rindu,
kalau kau tak pernah tahu,
betapa lelahnya malamku berteman sendu.

Jangan kata aku tak sayang,
kalau kau tak pernah tahu, 
betapa deras airmata bila terkenang.

Jangan kata apa apa,
kalau kau tak pernah tahu apa apa,
jangan kata apa apa,
kalau kau tak pernah tahu apa aku rasa,
sebab aku yang lalui ,aku yang rasa semua.
Kau tahu apa??







Sabtu, 11 Julai 2015

Kerana Aku Perempuan & Kau Lelaki


Kerana aku Perempuan,
Dan kau Lelaki,
Ku penuh dengan mainan perasaan,
Yang terkadang sukar kau mengerti,
Tangani dengan kebijaksanaan dan kesabaran,
Jangan biar akal ditewaskan emosi,
Selalu menerima tiap kekurangan  dan kelemahan,
lelaki dan perempuan harus saling melengkapi,
Kerna terkadang nasihat dalam kelembutan,
Bukan bererti jatuh ego kau sebagai lelaki,
Tetapi sekadar satu pembuktian,
Sepenting mana aku di hati....




#BuatTatapanLelakiYangSelalu AnggapAkuPerempuan Dihatinya.