Pengikut

Khamis, 25 Ogos 2016

Kisah yang tertangguh... (part 2)

Satu lagi kisah yang tertangguh yang rasaku harus dikisahkan. Majlis persandingan aka kenduri kahwin atau lebih manis disebut Walimatul urus. Majlis yang berlansung pada  29.5.2016 bertempat di Kampung Sungai Nipah Baroh,Sungai Besar ini berjalan lancar dalam keserdahanaan tapi meriah. Majlis dilansungkan beberapa minggu selepas pernikahan  atas permintaan keluargaku atas faktor kesihatan ayahanda yang tak begitu mengizinkan untuk membuat semua majlis sekali gus..Takpelah, janji yang wajib tu dah setel..Alhamdulillah ramai yang bergotong royong membantu menjayakan majlis.Penat ,stress,tak cukup tidur usah dicerita,syukur majlis berjalan seperti yang dirancang walaupun ada masalah2 kecil yang tetap under control.Kita merancang namun perancangan Allah lebih terbaik.Perasaan jadi raja sehari? Of course ,gementar,takut,malu,gembira.tuhan saje yang tahu.Sebenarnya rasa kekok bila jadi perhatian semua orang pada hari tu,tapi kena lalui juga .bukan selalu, seumur hidup sekali. Insya Allah, ini perkahwinan yang pertama dan terakhir, aku akan berjuang pertahankan mahligai yang di bina ini. Doa2 kan yang terbaik buat kami. Semoga kami bahagia sampai ke jannah. Aku sayang dia sangat2. Tuhan,jaga dia untukku.....
















\











Memang benar aku mencintaimu,
Memang benar rasa menyayangimu,
setulusnya rasa hati ini hanyalah padamu,
ku harapkan engkau yang terakhir dalam hidup ini,
setia bersamamu hingga hujung waktuku,
kekal bahagia...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.