Hampir setahun ku biar bersawang ruangan ini tanpa sebarang coretan. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu ,terlalu banyak yang berubah,terlalu banyak yg terpendam.Tak perlu aku kisahkan kepada semua dari A to Z.Masa kurasa terlalu pantas berlalu, meninggalkan kisah lalu,kisah dulu.
Sedar tak sedar,aku kini tunangan orang, dan tinggal tak sampai 2bulan aku bakal menjadi isteri orang. Tentang bagaimana ia bermula,biarlah menjadi rahsia antara dua hati..Kita bertemu pada permulaan sebuah akhiran.Kenapa aku pilih dia diantara ramai yang mencuba?Sebab aku nampak yg dia boleh jadi suami,pemimpin,peneman, dan boleh jadi pelindung yang terbaik buat aku.Dia yang selalu buat aku tenang, selamat,dia yg selalu menerima aku baik buruk aku seadanya.Dia tahu semua buruk tentang aku,tapi masih mahu menerima aku..Begitu juga aku,siapapun dia dimasa lalu,aku terima dia seadanya. Yang utama, dia bersungguh ingin menghalalkan aku, dia tak buat tunggu lama seperti mereka yang terdahulu.,perhubungan yang singkat terus membawa kepada restu keluarga dan kami sedang menuju ke destinasi yg insyaallah diredhai Allah.Apa yang memikat hati ku tentangnya,ialah ,kesabaran dan kematangan nya.Sering aku mengujinya dengan membuatnya marah dan tertekan untuk melihat sejauhmana dia boleh mengawal emosinya, alhamdulillah aku dapat lihat yg aku x salah pilihan.Aku ingin menjadi sesuatu yg membahagiakan hidupnya, merawat luka dihatinya yg pernah luka dulu.. Aku nak jadi penyeri hidupnya.bidadari hidupnya.aku ingin jadi cinta terakhir dàlam hidupnya.Dan walau dia bukan lelaki pertama dalam hidup aku, tapi dia akan aku jadikan cinta terakhir dlm hidup ku sampai mati.... kisah lama? Kenangan lama?Lupakan. Biarlah terkubur untuk selamanya... Jadikan pengajaran untuk masa hadapan. Masa hadapan aku lebih penting untuk difikirkan ,dari sibuk mengenang masa silam yg kelam. Apa yg di depan mata ni yg perlu aku hargai. Semoga dimudahkan kan semuanya. Bila niat kita baik,pasti jalannya dimudahkan.Insyaallah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.