Pengikut

Rabu, 20 Oktober 2010

JAUH

Dalam kejauhan,
terasa kesunyian menghantui,
dan kerinduan kian menghimpit hati,
membelenggu jiwa,merantai cinta,
kerna saat ini,
kepiluan demi kepiluan terasa,
pabila dua hati dijauhkan.
Detik demi detik ku terfikir,
kuatkah kita menempuh segalanya,
setiakah kita menanti kejauhan cinta,
kerna kita masih di tengah perjalanan,
yang Kau,
yang Aku,
tak tahu mana penamat.

Bila kesunyian menghimpit hati,
keindahan kan berlalu pergi,
meninggalkan untukku kesepian,
berteman kenangan.

Maka benarlah sabda pendeta,
kerinduan satu keperitan,
penantian satu penyeksaan.
Namun andai cinta kukuh dihati,
masa dan kejauhan bukan penghalang,
selagi kesetiaan jadi pegangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.