Pengikut

Khamis, 25 Ogos 2016

Kisah yang tertangguh... (part 2)

Satu lagi kisah yang tertangguh yang rasaku harus dikisahkan. Majlis persandingan aka kenduri kahwin atau lebih manis disebut Walimatul urus. Majlis yang berlansung pada  29.5.2016 bertempat di Kampung Sungai Nipah Baroh,Sungai Besar ini berjalan lancar dalam keserdahanaan tapi meriah. Majlis dilansungkan beberapa minggu selepas pernikahan  atas permintaan keluargaku atas faktor kesihatan ayahanda yang tak begitu mengizinkan untuk membuat semua majlis sekali gus..Takpelah, janji yang wajib tu dah setel..Alhamdulillah ramai yang bergotong royong membantu menjayakan majlis.Penat ,stress,tak cukup tidur usah dicerita,syukur majlis berjalan seperti yang dirancang walaupun ada masalah2 kecil yang tetap under control.Kita merancang namun perancangan Allah lebih terbaik.Perasaan jadi raja sehari? Of course ,gementar,takut,malu,gembira.tuhan saje yang tahu.Sebenarnya rasa kekok bila jadi perhatian semua orang pada hari tu,tapi kena lalui juga .bukan selalu, seumur hidup sekali. Insya Allah, ini perkahwinan yang pertama dan terakhir, aku akan berjuang pertahankan mahligai yang di bina ini. Doa2 kan yang terbaik buat kami. Semoga kami bahagia sampai ke jannah. Aku sayang dia sangat2. Tuhan,jaga dia untukku.....
















\











Memang benar aku mencintaimu,
Memang benar rasa menyayangimu,
setulusnya rasa hati ini hanyalah padamu,
ku harapkan engkau yang terakhir dalam hidup ini,
setia bersamamu hingga hujung waktuku,
kekal bahagia...







Selasa, 19 Julai 2016

Kisah yang tertangguh...

Kesibukan dan keterbatasan waktu membuatkan ada kisah yang tertangguh untuk di ceritakan .. Di tambah pula dengan faktor password yang tak sengaja terlupakan... Jenuh mengingat.baru hari ni berjaya bukak blog ni... Nak nangis pun ada kalau terpaksa buat blog baru.. Alhamdulillah ingatan pulih di saat2 akhir. Rasanya tak terlewat lagi nak meng update beberapa kisah hidup yang tak sempat dikongsikan... Banyak yang berlaku sepanjang beberapa bulan ni... Kita mulakan dengan majlis pernikahan  yang berlansung di teratak ayahanda bonda secara sederhana namun meriah  pada tarikh keramat yang takkan aku lupa 7.5.2016. Dengan sekali nafas Alhamdulillah ,kami sah menjadi suami isteri.Perasaan? Tuhan saja yang tahu saat tu.semua rasa bercampur baur, sebak,berdebar,sedih ,terharu, takut,gembira, macam2 ada, bak kata pak cik iklan astro masa aku kecik2 dulu. Semoga pernikahan ini bahagia hingga ke jannah.Semoga ini menjadi pernikahan pertama dan terakhir dalam hidupku.



Saat ini aku tahu betapa berdebarnya dia menanti detik goncangan tangan tok kadi seterusnya melafazkan
 'aku terima nikahnya  




Menanti saat pertukaran status,dari bujang kepada isteri orang, perasaan saat tu hanya Allah yang tahu.

*Beberapa minit kemudian.....

Alhamdulillah,dah sah dah halal.. Syukur,  semua berjalan lancar,aku sah jadi miliknya. Kami suami isteri yang sah.Tak mampu nak ditafsir dengan kata kata apa yang kami rasa, cuma mungkin mampu dilihat dari senyuman bahagia yang bukan dibuat -buat. Ini saat yang kami nantikan setelah pelbagai dugaan yang telah diharungi..Terima kasih kerana bertahan dan berjuang bersamaku ,wahai suami.










JANGAN PISAHKAN ,AKU DAN DIA,
TUHAN TOLONGLAH, KU CINTA DIA,
BIARKAN KAMI TETAP BERSAMA,
DI DALAM SUKA DAN DUKA....

















Jumaat, 11 Mac 2016

Dia yang ditakdirkan buatku...

Hampir setahun ku biar  bersawang ruangan ini tanpa sebarang coretan. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu ,terlalu banyak yang berubah,terlalu banyak yg terpendam.Tak perlu aku kisahkan kepada semua dari A to Z.Masa kurasa terlalu pantas berlalu, meninggalkan kisah lalu,kisah dulu.
Sedar tak sedar,aku kini tunangan orang, dan tinggal tak sampai 2bulan aku bakal menjadi isteri orang. Tentang bagaimana ia bermula,biarlah menjadi rahsia antara dua hati..Kita bertemu pada permulaan sebuah akhiran.Kenapa aku pilih dia diantara ramai yang mencuba?Sebab aku nampak yg dia boleh jadi suami,pemimpin,peneman, dan boleh jadi  pelindung yang terbaik buat aku.Dia yang selalu buat aku tenang, selamat,dia yg selalu menerima aku baik buruk aku seadanya.Dia tahu semua buruk tentang aku,tapi masih mahu menerima aku..Begitu juga aku,siapapun dia dimasa lalu,aku terima dia seadanya. Yang utama, dia bersungguh ingin menghalalkan aku, dia tak buat tunggu lama seperti mereka yang terdahulu.,perhubungan yang singkat terus membawa kepada restu keluarga dan kami sedang menuju ke destinasi yg insyaallah diredhai Allah.Apa yang memikat hati ku tentangnya,ialah ,kesabaran dan kematangan nya.Sering aku mengujinya dengan membuatnya marah dan tertekan untuk melihat sejauhmana dia boleh mengawal emosinya, alhamdulillah aku dapat lihat yg aku x salah pilihan.Aku ingin menjadi sesuatu yg membahagiakan hidupnya, merawat luka dihatinya yg pernah luka dulu.. Aku nak jadi penyeri hidupnya.bidadari hidupnya.aku ingin jadi cinta terakhir dàlam hidupnya.Dan walau dia bukan lelaki pertama dalam hidup aku, tapi dia akan aku jadikan cinta terakhir dlm hidup ku sampai mati.... kisah lama? Kenangan lama?Lupakan. Biarlah terkubur untuk selamanya... Jadikan pengajaran untuk masa hadapan. Masa hadapan aku lebih penting untuk difikirkan ,dari sibuk mengenang masa silam yg kelam. Apa yg di depan mata ni yg perlu aku hargai. Semoga dimudahkan kan semuanya. Bila niat kita baik,pasti jalannya dimudahkan.Insyaallah.