Jangan kata aku tak peduli,
kalau kau tak pernah tahu,
betapa sakitnya kepedulian aku selama ini.
Jangan kata aku tak kisah,
kalau kau tak pernah tahu,
betapa susah aku melangkah,
sejak aku dan dia jauh terpisah.
Jangan kata aku tak rindu,
kalau kau tak pernah tahu,
betapa lelahnya malamku berteman sendu.
Jangan kata aku tak sayang,
kalau kau tak pernah tahu,
betapa deras airmata bila terkenang.
Jangan kata apa apa,
kalau kau tak pernah tahu apa apa,
jangan kata apa apa,
kalau kau tak pernah tahu apa aku rasa,
sebab aku yang lalui ,aku yang rasa semua.
Kau tahu apa??
Aku menulis bukan kerna nama, aku menulis kerna punya rasa, yang terkadang tak mampu dikata,
Pengikut
Isnin, 20 Julai 2015
Sabtu, 11 Julai 2015
Kerana Aku Perempuan & Kau Lelaki
Kerana aku Perempuan,
Dan kau Lelaki,
Ku penuh dengan mainan perasaan,
Yang terkadang sukar kau mengerti,
Tangani dengan kebijaksanaan dan kesabaran,
Jangan biar akal ditewaskan emosi,
Selalu menerima tiap kekurangan dan kelemahan,
lelaki dan perempuan harus saling melengkapi,
Kerna terkadang nasihat dalam kelembutan,
Bukan bererti jatuh ego kau sebagai lelaki,
Tetapi sekadar satu pembuktian,
Sepenting mana aku di hati....
#BuatTatapanLelakiYangSelalu AnggapAkuPerempuan Dihatinya.
Khamis, 13 Disember 2012
Memaafkan dan melupakan
Seringkali kita mendengar ayat ini "Aku maafkan tapi aku takkan pernah melupakan" atau bagi yang xpaham bahasa melayu lak ayatnye selalu kita dengar "I'll forgive but i'll never forget".Memaafkan dan melupakan dua perkara yang paling susah nk kita lakukan. Walaupun kadang-kadang kita berkata "takpe, aku dah maafkan kau,lupakan lah,benda dah berlakukan?". Mulut memang boleh kata begitu tapi kadangkala hati kita x seiring dengan apa yang di pertuturkan.Susah untuk maafkan orang dengan seikhlasnya, sebab memaafkan tu bermaksud kita melupakan terus segala kesalahan yang dia lakukan. Tapi kadang2 kita teringat dan akan ungkit juga hal2 yang telah dimaafkan tu.Adakalanya juga kita dah melupakan seketika tentang kesilapan itu tapi bila ada sesuatu yang berkaitan dengan nya terlintas difikiran ni,kita jadi ingat semula. Tambah2 lagi kalau hal tu hal yang menyakitkan dan sangat melukakan hati kita. Itu lah yang selalu terjadi dalam kehidupan.Bukan lah nak simpan dendam atau nak membenci cuma adakalanya diri merasakan tak patut kita diperlakukan begitu.Aku tahu memang susah untuk memaafkan dan melupakan dengan seikhlasnya tapi kadang kala kita kena mencuba juga kerana semua orang melakukan kesilapan. Memaafkan memang takkan dapat mengubah masa lalu,tapi Insya Allah akan mempermudahkan masa depan ...
Langgan:
Ulasan (Atom)

.jpg)