Aku menulis bukan kerna nama, aku menulis kerna punya rasa, yang terkadang tak mampu dikata,
Pengikut
Rabu, 21 September 2011
anggerik lara
Siapalah aku ini,
hanya anggerik liar,
yang tak semua sedar hadirnya,
wangi bukan ,lawa pun bukan,
kembang mekar sehari cuma.
Siapalah aku ini,,
hanya anggerik hutan,
menumpang kasih si pohon jati,
memanjat tnggi dedahannya,
untuk mengintai langit ilahi.
Aku sedar aku siapa,
hanya anggerik di pinggir rimba,
tak secantik mawar di taman,
tak seharum mawar di jambangan,
namun aku juga ciptaan-Nya,
haramkah aku tuk bahagia...
Selasa, 20 September 2011
Aku kan kakak....
Abah kata masa kecil dulu,aku anak manja,mungkin sebab aku cahaya mata yang di tunggu tunggu… Anak sulung. Hidup serba mewah, Susu berjenama, baju beralmari,mainan bergunung ,semuanya ada….Mak dengan abah syg sgt..Tok pun sama,syg sgt kat aku, aku sentiasa mengatasi yang lain… sebab aku bukan je anak yg sulung tapi cucu yang pertama dari keluarga tu…. Seronok sangat….
Tetapi ,lepas mereka hadir seorang demi seorang,rasa macam kegembiraan aku diragut. Benci,iri,marah semua berpadu jadi satu..Kenapa mereka harus wujud?Itulah soalan yang bertalu-talu menerjah fikiranku yg masih mentah ketika itu.Semua berubah,semua berkurang,semua berbeza, Semua harus dikongsi… Tak best.Benci,benci,benci,benci…Tak suka jadi KAKAK. Tak suka ada ADIK....
Hari tu ,abah beli jajan..Keropok Rota. “KAKAK, ambik ni,kongsi dengan adik-adik”. Aku tak puas hati. Ah kenapa pula nak kongsi dengan mereka.Sibuk je.Aku nak makan sorang je,tak nak kongsi tapi abah marah. Abah kata “Jangan begitu,tak baik tamak,tuhan marah”.Aku pun bagi la pada mereka,niat hati nak kongsi tapi mereka makan habiskan semua . Aku pun menangislah, abah pujuk,katanya “Ala,beralah lah, Kau kan KAKAK”. Aku pun diam lah. Ya, memang betul,aku kan KAKAK……
Suatu hari ,mak dan abah nak pergi pekan.Ada Fun Fair. Motor abah cuma muat untuk mak abah dan adik je.. Aku tak muat.Kata abah, “KAKAK tak payah ikut”.Aku menangis masa kena tinggal di rumah jiran sebelah. Tapi mak cik tu pujuk,dia umpan aku dengan Choki Choki. Mak cik ni tau je faberet aku. Hehehehe. “Sudah,jangan menangis,kau kan KAKAK. KAKAK kena kuat,KAKAK kena selalu beralah dengan adik-adik. “… Sekali lagi aku dengar kenyataan yang sama. .Ya,memang betul,aku kan KAKAK….
Bila dah menghampiri usia remaja,tiba-tiba terasa macam kegembiraan aku sekali lagi diragut.Disaat mereka seronok bermain kejar-kejar,nyorok-nyorok,main baling selipar,kunda-kundi,aku pula dikerah untuk belajar membuat kerja rumah,mengenal bawang dan belacan di dapur dan semua kerja yang lazimnya sinonim dengan insan bernama perempuan. Benci,benci,benci…Aku tak puas hati lagi,rasa tak adil dan di anak tirikan je….. Lalu adik mengejek, “Kau kan KAKAK. KAKAK kena la tolong mak”…. Aku pun diam lagi… Ya,memang betul, aku kan KAKAK.
Bila dah meningkat remaja, dengan hati ,darah dan jiwa yang panas membara,bertengkar adik beradik jadi rutin harian kami… Tapi ada satu kes sampai berbulan bulan tak bertegur.Bila abah sedar hubungan anak-anak makin retak, aku pula di suruh mengalah… Ayatnya sama lagi “Kau kan KAKAK”… Ah kali ni tak boleh. Memang aku KAKAK, jadi mereka yang harus minta maaf dulu.Bukan aku.Memang adatkan yang kecil hormati yang besar..Jadi aku tak harus mengalah... Kata abah,"Tinggi betul ego KAKAK,beralah lah".
Tapi bila aku semakin dewasa ,aku mula sedar apa yang di ajar dan di terapkan sejak kecil sebagai title KAKAK. Aku berterima kasih pada tuhan kerana mencipta aku menjadi KAKAK, bukannya adik. Menjadi kakak berjaya membentuk aku menjadi bertanggungjawap,bertimbang rasa,berperikemanusiaan,penuh dengan simpati, belas kasihan dan kesabaran.Walaupun hati marah,ego,tapi apa yang diluah xsama dengan yang tersimpan di hati…. Saat mereka susah , sakit,kesulitan,untuk membiarkan mereka begitu saja, itu bukan aku.Aku tak sampai hati…. Diluar,di bibir Nampak kasar tapi hati ini lembut… Sampai ada antara mereka berkata “Aku dah sakitkan hati kau pun, kau masih nak tolong aku” … Sambil tersenyum ku balas “ Aku kan KAKAK”…..
Isnin, 19 September 2011
Kebenaran Yang Pahit....
Berkali ku rayu,kumohon, berkatalah yang sebenarnya walau kebenaran itu sangat pahit untuk ku telan ,kerana pembohongan yang kau hidangkan akan lebih pahit andai nanti ku ketahui.... Bukan sekali tp berkali-kali hati ini di bohongi , dan berkali kali juga diri dibodohi,dicurangi...Namun berkali-kali juga maafku diberikan walau berkali- kali hati ini menangis.Kerana kata pujangga cinta,kemaafan itu adalah dendam yang terindah.
Saat kau bohongi hati ini,jiwaku merana , walau ada segunung marah, tapi bila aku sedar diri ini hanya ada kamu,aku mengalah kerana dari situ ku belajar erti sebuah kejujuran.
Saat kau curangi aku,hatiku menangis,walau ada selautan air mata,tapi bila ku sedar diri ini tak mampu hidup tanpa cintamu,aku renangi jua segalanya kerana dari situ ku kenal erti sebuah kesetiaan..
.
Saat kau bodohi diri ini, hatiku kecewa,walau ada setinggi tinggi hampa, tapi bila ku sedar diri tersangat cintakanmu, aku redha semuanya kerana dari situ ku belajar erti sebuah ketabahan.
Saat kau lukai hati ini,jiwaku berdarah,walau ada sebenua duka ,tapi bila ku sedar pernah ada bahagia yang kau bawa,ku pasrah jua ketentuan Nya kerana disitu ku belajar erti sebuah percintaan.
Saat kau pinta ku pergi,aku terus berlalu sepi,walau ada segunung cinta,tapi bila ku sedar diriku tak lagi kau perlu.... apa guna ku terus menanti....
Saat kau bohongi hati ini,jiwaku merana , walau ada segunung marah, tapi bila aku sedar diri ini hanya ada kamu,aku mengalah kerana dari situ ku belajar erti sebuah kejujuran.
Saat kau curangi aku,hatiku menangis,walau ada selautan air mata,tapi bila ku sedar diri ini tak mampu hidup tanpa cintamu,aku renangi jua segalanya kerana dari situ ku kenal erti sebuah kesetiaan..
.
Saat kau bodohi diri ini, hatiku kecewa,walau ada setinggi tinggi hampa, tapi bila ku sedar diri tersangat cintakanmu, aku redha semuanya kerana dari situ ku belajar erti sebuah ketabahan.
Saat kau lukai hati ini,jiwaku berdarah,walau ada sebenua duka ,tapi bila ku sedar pernah ada bahagia yang kau bawa,ku pasrah jua ketentuan Nya kerana disitu ku belajar erti sebuah percintaan.
Saat kau pinta ku pergi,aku terus berlalu sepi,walau ada segunung cinta,tapi bila ku sedar diriku tak lagi kau perlu.... apa guna ku terus menanti....
Khamis, 4 Ogos 2011
Penghujung rindu
terasa bagai ia menghilang,
lenyap dari kisah kita.
Bila rindu ini ku kejar,
terasa bagai kau berlari'
jauh dari diri ini.
Bila bahagia hampir ku temu,
terasa derita yang mencemburui,
kian ligat menghampiri.
Bila cinta ini ku jejak,
terasa bagai aku hilang arah,
dalam gelapnya sebuah impian...
Isnin, 11 Julai 2011
True love
Pencil : I'm really SORRY.
Eraser : Y ? U didn't do anything wrong.
Pencil : Whenever i make a mistake , u always there to erase it. But , as u make my mistake vanish , u lose a part of yourself. U get smaller and smaller everytime.
Eraser : Even though, i know i'll be gone & u'll REPLACE me with a new one , i'm still HAPPY with what i've done. So , please stop worrying. I hate seeing u sad :)
Selasa, 26 April 2011
Jangan jaga tepi kain aku!!!!!!!
Aku benci bila hal peribadi aku di jadikan bahan umpatan orang lagi2 bile menyentuh hal yang mengandungi nilai sensitiviti yang tinggi.Rasa kadang2 kesabaran yang tuhan beri pd aku hampir habis ...Walaupun aku tau membenci itu satu perkara negatif.mana taknya,mereka ni berkata hal aku tanpa tau kebenarannya,mereka bercakap berdasar persepsi andaian dan apa yang mereka lihat tp kadang2 ape yg terpamer pada penglihatan tidak bukanlah kenyataan yang sebenarnya. Ape hak mereka untuk berkata semua cerita yang tak benar tentang orang lain?Rasenye aku tak pernah mengganggu hidup orang tp kenapa orang suka ganggu ketenteraman hidup aku.. Tertekan aku.sedih pun ade. betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang menggalas bebanan.Terlalu berat untuk menduduki situasi ini.biarlah rahsia. aku tak nak mengemis simpati .aku selesa begini,walaupun terpaksa menanggung kekusutan masalah bersendirian...aku rasa itu yang terbaik buat aku....
Selasa, 8 Februari 2011
Perjalanan .
Sebenarnya dari semalam lagi aku nak tulis sesuatu kat sini,tapi keadaan x mengizinkan sebab aku terlalu penat dan mengantuk semalam kesan dari perjalanan yang terlalu lama dari kampung halaman ke KL..Walaupun bukan aku yang drive bas tu tapi berada dalam bas selama berjam lamanya kerna tersangkut dalam kesesakan lalulintas sangat memenatkan...letih...Lepas tu naik train lg...Dalam train inilah aku mendapat satu ilham..Hati ini mulai tersedar akan hakikat hidup..Stesen yang aku ingin tuju ialah KL SENTRAL..Dari KLANG aku akan melalui banyak stesen sebelum sampai ke stesen yang terakhir,Train akan berhenti di setiap stesen menurun dan menaikkan penumpang.Manusia silih berganti turun dan naik,tak dinafikan ada masa tertentu ada permandangan atau ciptaan tuhan yang menarik mata ini memandang tapi sekejap je,tak puas pun cuci mata, bila sampai masa semua itu terpaksa dibiar berlalu.Train tetap terus berjalan,walau indah mana pun permandangan yang ada perjalanan mesti diteruskan,KL SENTRAL adalah halatuju aku dalam perjalanan ni.Macam tu la hidup ini,kita ada satu destinasi terakhir yang akan kita tuju,iaitu Stesen Akhirat.Tapi sebelum ke situ kita akan lalui dan singgah di banyak peringkat hidup.Dari alam rahim,bayi,kanak2,remaja,dewasa,tua,dan kematian..Dalam perjalanan hidup ini pasti akn ada banyak pengalaman dan kenangan...Terutamanya zaman kanak2,dan remaja.banyak perkara yang menyeronokkan...Malangnya kita tak leh selamanya di zaman itu,kerna masa terus berjalan,dari zaman remaja kita akan berpindah ke zaman dewasa..mahu tak mahu kita terpaksa meninggalkan kenangan dan pengalaman yang indah itu..Dalam peredaran masa dan usia,kita akan bertemu dengan ramai orang beserta ragam masing2..Kadang2 kita akan suka dengan orang yang ada di sekeliling hidup kita,tapi sampai masanya kalau bukan kita yang pergi mungkin dia yang pergi dari kita,sebab tiap orang ada perjalanan hidup yang telah terencana sejak azali lagi.Bila kita bertemu,kita sepatutnya dah bersedia dan mengerti bahawa di hujung pertemuan,pasti perpisahan menanti..Walau apapun yang terjadi,bahagia,derita,suka,duka,masa akan terus berjalan membawa kita dari satu saat ke satu saat,hinggalah ke stesen seterusnya. Aku sudah melalui banyak stesen dan skrg sedang menghampiri stesen terakhir,cuma tak pasti bila akan sampai,yang pastinya ia makin mendekat,mustahil makin jauh...Cukup ke bekal yang aku bawak untuk stesen akhir tu,tak kebuluran ke nanti,tak kehausan ke nanti..??Kesedaran di hati mulai terbit,masa untuk melakukan persiapan secukupnya,sediakan payung sebelum hujan,.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna.. aku tak nak ade sebarang penyesalan di stesen terakhir nanti...
Jumaat, 14 Januari 2011
musibah
surah At Taghaabun:11 bermaksud:
"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yangberiman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
Jumaat, 7 Januari 2011
Jodoh di tangan Tuhan
Duhai jiwa yang lara
Menangislah duhai hati yang kecewa,
andai itu bisa melegakan.
meraunglah duhai jiwa yang lara,
jika itu mampu menenangkan.
menjeritlah duhai diri yang terluka,
kalau itu dapat menyembuhkan.
Menangislah!Meraunglah!Menjeritlah!
agar mereka tahu ,
senyap itu bukan tiada suara,
senyum itu bukan ku bahagia,
tawa itu bukan tiada duka,
tetapi kerana terfikir yang diri tabah,
tak ingin dianggap lemah,
walhal aku hampir rebah.
Menangislah!Meraunglah!Menjeritlah!
sampai bila harus lagak kuat,
air mata itu jangan disekat,
titisannya bisa membenihkan semangat,
mencegah duka yang terpahat terus berkarat.
berharap dengan sangat,
suatu saat,
muncul si pelangi indah,
sesudah hujan membasah,
membasuh hati yang gundah.
andai itu bisa melegakan.
meraunglah duhai jiwa yang lara,
jika itu mampu menenangkan.
menjeritlah duhai diri yang terluka,
kalau itu dapat menyembuhkan.
Menangislah!Meraunglah!Menjeritlah!
agar mereka tahu ,
senyap itu bukan tiada suara,
senyum itu bukan ku bahagia,
tawa itu bukan tiada duka,
tetapi kerana terfikir yang diri tabah,
tak ingin dianggap lemah,
walhal aku hampir rebah.
Menangislah!Meraunglah!Menjeritlah!
sampai bila harus lagak kuat,
air mata itu jangan disekat,
titisannya bisa membenihkan semangat,
mencegah duka yang terpahat terus berkarat.
berharap dengan sangat,
suatu saat,
muncul si pelangi indah,
sesudah hujan membasah,
membasuh hati yang gundah.
Khamis, 6 Januari 2011
Lembaran baru.............
Sedar tak sedar rupanya tahun 2010 telah pun meninggalkan kita bersama kenangan manis dan pahitnya sepanjang 365 hari kita di dalamnya.sekarang tiba masa 2011 melebarkan sayapnya.Bila tahun baru je apa yang sinonim dengannya ialah AZAM BARU.Awal tahun je orang berkobar tanam azam baru.azam tahun lepas entah tertunai atau tidak.Ape ye azam aku?Pengakuan jujur ku,aku tak pernah ada azam tahun baru.Sebelum ni,aku rasa tahun baru macam biasa je ,tak ada yang istimewa pun. Bagi aku bila sebut pasal tahun baru yg ada kat fikiran ni cume la tggu detik 12 malam,dok depan tv sebab nak tgok pertunjukan bunga api.Kenapa lah nak dibanggakan tahun orang putih tu(tahun masihi),orang islamkan ada tahun sendiri,tahun hijrah.?(eceh,nak jadi ustazah lak aku ni..hehehe).Kenapa ye sambutan maal hijrah tak sehebat sambutan tahun baru masihi. What ever la.tak kisah la tahun hijrah ke masihi ke realitinya umur kita semakin hari semakin meningkat,kematian pula semakin mendekat.dah bersediakah aku,amalan boleh dibilang dengan jari,dosa lak menggunung tingginya.Macam mana kalau malaikat maut datang waktu aku belum ade bekalan yang cukup?Kebal ke aku nak tahan seksa kubur dan neraka jahanam.Aku harap sempena tahun baru ni, akan beri satu lembaran hidup yang baru buat aku.Aku mengharapkan sesuatu yang baik dari diri aku. masa untuk mengtransformasikan diri ke arah yang lebih positif,Insya Allah
Langgan:
Catatan (Atom)