Pengikut

Khamis, 13 Disember 2012

Memaafkan dan melupakan

        Seringkali kita mendengar ayat ini "Aku maafkan tapi aku takkan pernah melupakan" atau bagi yang xpaham bahasa melayu lak ayatnye selalu kita dengar "I'll forgive but i'll never forget".Memaafkan dan melupakan dua perkara yang paling susah nk kita lakukan. Walaupun kadang-kadang kita berkata "takpe, aku dah maafkan kau,lupakan lah,benda dah berlakukan?". Mulut memang boleh kata begitu tapi kadangkala hati kita x seiring dengan apa yang di pertuturkan.Susah untuk maafkan orang dengan seikhlasnya, sebab memaafkan tu bermaksud kita melupakan terus segala kesalahan yang dia lakukan. Tapi kadang2 kita teringat dan akan ungkit juga hal2 yang telah dimaafkan tu.Adakalanya juga kita dah melupakan seketika tentang kesilapan itu tapi bila ada sesuatu yang berkaitan dengan nya terlintas difikiran ni,kita jadi ingat semula. Tambah2 lagi kalau hal tu hal yang menyakitkan dan sangat melukakan hati kita. Itu lah yang selalu terjadi dalam kehidupan.Bukan lah nak simpan dendam atau nak membenci cuma adakalanya diri merasakan tak patut kita diperlakukan begitu.Aku tahu memang susah untuk memaafkan dan melupakan dengan seikhlasnya tapi kadang kala kita kena mencuba juga kerana semua orang melakukan kesilapan. Memaafkan memang takkan dapat mengubah masa lalu,tapi Insya Allah akan mempermudahkan masa depan ...

Selasa, 11 September 2012

Silapnya Wanita Dalam Bercinta



     Cinta.... Ada apa dengan cinta? Hingga manusia terbuai-buai hanyut dek ombak rindunya..Bukan mengata orang ,sekadar renungan bersama kerna aku juga tidak terkecuali daripada berada dalam dunia percintaan antara Adam dan Hawa.Tak salah untuk  ada perasaan cinta itu . Cinta tu kan fitrah manusia. Cuma bergantung kepada insan bagaimana menguruskan cinta agar tidak melalaikan dan merosakkan kehidupan kita.

   Fenomenanya sekarang,banyak yang buruk kita dengar tentang cinta.Seolah- olah harga cinta itu murah sangat ,hingga tak ada nilai lansung. Ada yang bercinta hari ini berpisah esok harinya. Semakin susah kita nk mencari cinta yang sejati. Dahsyatnya cinta, hinggakan bila percintaan itu gagal dan terputus di pertengahan jalan, ada yang nekad untuk membunuh diri bagaikan tiada apa lagi makna hidup dengan berakhirnya cinta itu..... Tak kurang  juga yang berkurung dan menangis di dalam bilik berbulan,hingga menjejaskan kehidupannya, pelajarannya,kerjaya dan masa depan sendiri...Selalunya wanita lah yang terkesan dengan terputusnya hubungan cinta sebab perasaan wanita tu sangat halus, perasaan nya mudah terusik,mudah menangis. Sebenarnya ada beberapa silap wanita bila bercinta ni.. Inilah yang selalu terjadi :-
  •  Wanita ni bila dia percaya seseorang ,dia akan sangat percaya. Tiada apa pun dapat mengubah apa yang dia percaya... sehinggakan satu saat dia dia menyesal kerana dikhianati oleh orang yang sangat dipercayainya...
  • Wanita ni kalau dia memberi dia akan memberi segalanya yang dia ada, hingga tiada tersisa apa pun untuk dirinya sendiri... sehinggakan satu saat dia menyesal kerana kekasihnya yang dipuja itu pergi  meninggalkannya setelah tiada apa-apa lagi yang ada pada wanita itu untuk meneruskan sisa hidupnya yang masih panjang.
  • Wanita ni bila dia menyayangi ,dia akan menyayangi dengan sepenuh hatinya.Cinta sampai mati.Menjaga hati kekasihnya hingga mengabaikan hati dan perasaannya sendiri. Kekasihnya lah segalanya,dia  menutup mata melihat kekurangan,dan kejahatan kekasihnya,dia menutup mata hatinya dari memandang dan menjenguk dan menerima lelaki lain yang mungkin dicipta Allah untuknya. Sehinggakan satu saat dia menyesal kerana telah menghabiskan masa dengan orang yang salah dan bukan dicipta untuknya.
       Mungkin sebab itulah ramai wanita menjadi mangsa cinta .Dan kerana kesilapan ini juga golongan yang lagi satu itu mengambil kesempatan hingga berlaku kerosakan dan kemudharatan dalam hidup wanita.... Ya Allah, lindungilah dan peliharalah diri ini dan seluruh wanita dalam dunia ini dari kejahatan kaum lelaki yang hatinya telah dipandu oleh syaitan yang dilaknat oleh-Mu.

    Bila bercinta,ada juga yang tanpa disedari seakan menyekutukan Allah yang Maha Esa... Kenapa,tak percaya ke? Apa yang aku maksudkan di sini,ialah bila ada segelintir orang yang sedang mabuk bercinta,seperti meletakkan kekasih  pujaannya itu teratas dan yang utama dalam hidupnya, hingga melebihi kedudukan Tuhan yang sepatutnya teratas dalam hidup kita....Contohnya dalam ungkapan yang mungkin selalu kita dengar ini:-
  •   `Aku cinta kau,kau lah segalanya dalam hidup aku,kau lah nyawa aku'.
  •   ` Jangan tinggalkan aku, aku tak boleh hidup tanpa kau'.
  •   `Aku hidup untuk kau, kalau kau tinggal aku baik aku mati '.
  •    dan macam2 lagi yang sama erti dengannya.
   Nyawa kita Allah yang beri...Allah juga yang berkuasa mematikan kita. Kita takkan mati hanya kerana ditinggal kekasih.Dan kita hidup kerana Allah, bukan kerana sesuatu atau seseorang yang juga dihidupkan oleh Allah. Tujuan kita dicipta adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Firman Allah bermaksud:  Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.  (Ayat 56,surah ADZ-DZAARIYAAT)
   
       Semoga cinta yang ada pada aku, kamu, kita semua tidak melalaikan kita dari tujuan sebenar kita dicipta. Letakkan cinta Allah itu sebagai yang utama, mudah-mudahan dengan begitu tuhan akan mendatangkan kita cinta sejati yang mampu memimpin kita ke syurga.....

Khamis, 8 Mac 2012

Kenangan














Kenangan,
sesekali ia datang,
fikiran memberat,,
lalu dada jadi sebak,
jiwa jadi sesak,
hati jadi sakit,
terusik dek imbasan memori,
yang selalu datang pergi,
tersentuh dek perit pedih masa lalu,
yang tiada pernah melenyapkan kesakitan semalam,
walau dilapis dek bahagia hari ini.

Kenangan,
entah kenapa,
tidak pernah merelakan yang pahit berlalu,
walau telah ku kunyah manisnya hari ini,
yang entah kekal sampai lusa.

Kenangan,
biarlah semalam itu pergi,
kerana hari ini ,
masanya bahagia menjuarai tahta
bahagia bermaharajalela.
kerana yang berlaku tetap berlaku,
tinggallah sejarah yang tak bisa diubah.....