Pengikut

Rabu, 21 September 2011

anggerik lara

 











Siapalah aku ini,
hanya anggerik liar,
yang tak semua sedar hadirnya,
wangi bukan ,lawa pun bukan,
kembang mekar sehari cuma.

Siapalah aku ini,,
hanya anggerik hutan,
menumpang kasih si pohon jati,
memanjat tnggi dedahannya,
untuk mengintai langit ilahi.

Aku sedar aku siapa,
hanya anggerik di pinggir rimba,
tak secantik mawar di taman,
tak seharum mawar di jambangan,
namun aku juga ciptaan-Nya,
haramkah aku tuk bahagia...

Selasa, 20 September 2011

Aku kan kakak....

Abah kata masa kecil dulu,aku anak manja,mungkin sebab aku cahaya mata yang di tunggu tunggu… Anak sulung. Hidup serba mewah, Susu berjenama, baju beralmari,mainan bergunung ,semuanya ada….Mak dengan abah syg sgt..Tok pun sama,syg sgt kat aku, aku sentiasa mengatasi yang lain… sebab aku bukan je anak yg sulung tapi cucu yang pertama dari keluarga tu…. Seronok sangat….

            Tetapi ,lepas mereka hadir seorang demi seorang,rasa macam kegembiraan aku diragut. Benci,iri,marah semua berpadu jadi satu..Kenapa mereka harus wujud?Itulah soalan yang bertalu-talu menerjah fikiranku yg masih mentah ketika itu.Semua berubah,semua berkurang,semua berbeza, Semua  harus dikongsi… Tak best.Benci,benci,benci,benci…Tak suka jadi KAKAK. Tak suka ada ADIK....

            Hari tu ,abah beli jajan..Keropok Rota. “KAKAK, ambik ni,kongsi dengan adik-adik”. Aku tak puas hati. Ah kenapa pula nak kongsi dengan mereka.Sibuk je.Aku nak makan sorang je,tak nak kongsi tapi abah marah. Abah kata “Jangan begitu,tak baik tamak,tuhan marah”.Aku pun bagi la pada mereka,niat hati nak kongsi tapi mereka makan habiskan semua . Aku pun menangislah, abah pujuk,katanya “Ala,beralah lah, Kau kan KAKAK”. Aku pun diam lah. Ya, memang betul,aku kan KAKAK……

            Suatu hari ,mak dan abah nak  pergi pekan.Ada Fun Fair. Motor abah cuma muat untuk mak abah dan adik je.. Aku tak muat.Kata abah, “KAKAK tak payah ikut”.Aku menangis masa kena tinggal di rumah jiran sebelah. Tapi  mak cik tu pujuk,dia umpan aku dengan Choki Choki. Mak cik ni tau je faberet aku. Hehehehe. “Sudah,jangan menangis,kau kan KAKAK. KAKAK kena kuat,KAKAK kena selalu beralah dengan adik-adik. “… Sekali lagi aku dengar kenyataan yang sama. .Ya,memang betul,aku kan KAKAK….

            Bila dah menghampiri usia remaja,tiba-tiba terasa macam kegembiraan aku sekali lagi diragut.Disaat mereka seronok bermain kejar-kejar,nyorok-nyorok,main baling selipar,kunda-kundi,aku pula dikerah untuk belajar membuat kerja rumah,mengenal bawang dan belacan di dapur dan semua kerja yang lazimnya sinonim dengan insan bernama perempuan. Benci,benci,benci…Aku tak puas hati lagi,rasa tak adil dan di anak tirikan je….. Lalu adik mengejek, “Kau kan KAKAK. KAKAK kena la tolong mak”…. Aku pun diam lagi… Ya,memang betul, aku kan KAKAK.

            Bila dah meningkat remaja, dengan hati ,darah dan jiwa yang panas membara,bertengkar adik beradik jadi rutin  harian kami… Tapi ada satu kes sampai berbulan bulan tak bertegur.Bila abah sedar hubungan anak-anak makin retak, aku pula di suruh mengalah… Ayatnya sama lagi “Kau kan KAKAK”… Ah kali ni tak boleh. Memang aku KAKAK, jadi mereka yang harus minta maaf dulu.Bukan aku.Memang adatkan yang kecil hormati yang besar..Jadi aku tak harus mengalah... Kata abah,"Tinggi betul ego KAKAK,beralah lah".

             Tapi bila aku semakin dewasa ,aku mula sedar apa yang di ajar dan di terapkan sejak kecil sebagai title KAKAK. Aku berterima kasih pada tuhan kerana mencipta aku menjadi KAKAK, bukannya adik. Menjadi kakak berjaya membentuk aku menjadi bertanggungjawap,bertimbang rasa,berperikemanusiaan,penuh dengan simpati, belas kasihan dan kesabaran.Walaupun hati marah,ego,tapi apa yang diluah xsama dengan yang tersimpan di hati…. Saat mereka susah , sakit,kesulitan,untuk membiarkan mereka begitu saja, itu bukan aku.Aku tak sampai hati…. Diluar,di bibir Nampak kasar tapi hati ini lembut… Sampai ada antara mereka berkata “Aku dah sakitkan hati kau pun, kau masih nak tolong aku” … Sambil tersenyum ku balas “ Aku kan KAKAK”…..



           


Isnin, 19 September 2011

Kebenaran Yang Pahit....

   Berkali ku rayu,kumohon, berkatalah yang sebenarnya walau kebenaran itu sangat pahit untuk ku telan ,kerana pembohongan yang kau hidangkan akan lebih pahit andai nanti ku ketahui.... Bukan sekali tp berkali-kali hati ini di bohongi , dan berkali kali juga diri dibodohi,dicurangi...Namun berkali-kali juga maafku diberikan walau berkali- kali hati ini menangis.Kerana kata pujangga cinta,kemaafan itu adalah dendam yang terindah.

 Saat kau bohongi hati ini,jiwaku merana , walau ada segunung marah, tapi bila aku sedar diri ini hanya ada kamu,aku mengalah  kerana dari situ ku belajar erti sebuah kejujuran.

   Saat kau curangi aku,hatiku menangis,walau ada selautan air mata,tapi bila ku sedar diri ini tak mampu hidup tanpa cintamu,aku renangi jua segalanya kerana dari situ ku kenal erti sebuah kesetiaan..
.
   Saat kau bodohi diri ini, hatiku kecewa,walau ada setinggi tinggi hampa, tapi bila ku sedar diri tersangat cintakanmu, aku redha semuanya kerana dari situ ku belajar erti sebuah ketabahan.

   Saat kau lukai hati ini,jiwaku berdarah,walau ada sebenua duka ,tapi bila ku sedar pernah ada bahagia yang kau bawa,ku pasrah jua ketentuan Nya kerana disitu ku belajar erti sebuah percintaan.

   Saat kau pinta ku pergi,aku terus berlalu sepi,walau ada segunung cinta,tapi bila ku sedar diriku tak lagi kau perlu.... apa guna ku terus menanti....