Pengikut

Selasa, 8 Februari 2011

Perjalanan .

Sebenarnya dari semalam lagi aku nak tulis sesuatu kat sini,tapi keadaan x mengizinkan sebab aku terlalu penat dan mengantuk semalam kesan dari perjalanan yang terlalu lama dari kampung halaman ke KL..Walaupun bukan aku yang drive bas tu tapi berada dalam bas selama berjam lamanya kerna tersangkut dalam kesesakan lalulintas sangat memenatkan...letih...Lepas tu naik train lg...Dalam train inilah aku mendapat satu ilham..Hati ini mulai tersedar akan hakikat hidup..Stesen  yang aku ingin tuju ialah KL SENTRAL..Dari KLANG aku akan melalui banyak stesen sebelum sampai ke stesen yang terakhir,Train akan berhenti di setiap stesen menurun dan menaikkan penumpang.Manusia silih berganti turun dan naik,tak dinafikan ada masa tertentu ada permandangan atau ciptaan tuhan yang menarik mata ini memandang tapi sekejap je,tak puas pun cuci mata, bila sampai masa semua itu terpaksa dibiar berlalu.Train tetap terus berjalan,walau indah mana pun permandangan yang ada perjalanan mesti diteruskan,KL SENTRAL adalah halatuju aku dalam perjalanan ni.Macam  tu la hidup ini,kita ada satu destinasi terakhir yang akan kita tuju,iaitu Stesen Akhirat.Tapi sebelum ke situ kita akan lalui dan singgah di banyak peringkat hidup.Dari alam rahim,bayi,kanak2,remaja,dewasa,tua,dan kematian..Dalam perjalanan hidup ini pasti akn ada banyak pengalaman dan kenangan...Terutamanya zaman kanak2,dan remaja.banyak perkara yang menyeronokkan...Malangnya kita tak leh selamanya di zaman itu,kerna masa terus berjalan,dari zaman remaja kita akan berpindah ke zaman dewasa..mahu tak mahu kita terpaksa meninggalkan kenangan dan pengalaman yang indah itu..Dalam peredaran masa dan usia,kita akan bertemu dengan ramai orang beserta ragam masing2..Kadang2 kita akan suka dengan orang yang ada di sekeliling hidup kita,tapi sampai masanya kalau bukan kita yang pergi mungkin dia yang pergi dari kita,sebab tiap orang ada perjalanan hidup yang telah terencana sejak azali lagi.Bila kita bertemu,kita sepatutnya dah bersedia dan mengerti bahawa di hujung pertemuan,pasti perpisahan menanti..Walau apapun yang terjadi,bahagia,derita,suka,duka,masa akan terus berjalan membawa kita dari satu saat ke satu saat,hinggalah ke stesen seterusnya. Aku sudah melalui banyak stesen dan skrg sedang menghampiri stesen terakhir,cuma tak pasti bila akan sampai,yang pastinya ia makin mendekat,mustahil makin jauh...Cukup ke bekal yang aku bawak untuk stesen akhir tu,tak kebuluran ke nanti,tak kehausan ke nanti..??Kesedaran di hati mulai terbit,masa untuk melakukan persiapan secukupnya,sediakan payung sebelum hujan,.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna.. aku tak nak ade sebarang penyesalan di stesen terakhir nanti...